Archive for October, 2006


Syawal…Syawal..

1 Syawal

Ari ni raya..huhuhu..pagi2 lagi da mandi..semangat nak gi semayang raye..hmm..pyelah ngantuk..dgr org takbir pun bole tetido..ntah ape2 jela aku ni..abis semayang pkl 9.30..lama tak??balik,salam ibu&ayah..dpt duit raye and bergambo bersama family..lps tu,terus gi rumah nenek..bersalam-salaman ngan tok ayah,nenek,pakcik2,makcik2..dan sedare-mare…lps tu,bergambo lagik..asik bergambo jele kejenye…pastu,terus siapkan makanan kt rumah sebab org nak dtg..potong ketupat,lemang,buat air..ntah ape2 lagi ntah..em..selang beberapa minit,dtgle org ke rumah..tak tertangan rasanye..huhuhu..lenguh tangan aku membasuh pinggan mangkuk..Paling horror bile students ibu dtg..ramai giler..riuh rumah..biasaler bdk2 Cina dtg beraya..siap bwk hamper lagi..terima kasihla yerk..ptg.gi beraye lagi..Mlm,ada BBQ kat rumah nenek..sedap oo….Asyik makan je keje aku…Esok,balik kampung ayah plak..Em,dalam sibuk bergembira,ada org kg kitorg meninngal dunia kerana kanser..Innalillah..Dari Allah kita dtg,kepada-Nya juga kite kembali..Semoga rohnye dicucuri rahmat..Insya Allah…….

2 Syawal

Pg,berkemas ape yg patut..Kemas beg,baju…Bertolak balik kg lebih kurang dlm pkl 11 am…First rumah yg pegi beraya ialah rumah Tok Jalil kt Felda Air Hitam..Jumpale sedara-mare yg tak kenal..em..agaknye kalu jumpa kat mana2,mmg tak kenal tuh sedara aku..Maklumla jarang jumpa..Kalau jumpa pun waktu raya jela…Pastu,terus pegi beraya kat rumah Pak San,Tok Amin,Cik Wok..Ptg,baru sampai kg…Mlm, tak gi mana2 pun coz ujan..Juz borak2 ngan Nor,Dayah…Beshnye Nor dah praktikal..aku jela yg lmbt lagi nk abis blaja..huhuhu…sok,sambung beraya…

3 Syawal

Pagi2 lagi dah mandi…Pegi beraya kt rumah jiran3..Pastu,terus pegi Kampung Bintang..Beraya kat situ..Pastu,pegi rumah Pak Tan kt Pontian and rumah Pak Mid kat Simpang..Tak pegi beraya kt byk rumah..Tapi, itupun dah memenatkan diri..huhuuuhu..dpt duit raya lagi aku..hehehe..TQla ek..Sok balik rumah..Wa,exam nak dekat!!!!!!Takutnye aku……….Klah..Selamat Hari Raya untuk semua..Maaf zahir dan batin..Kepada kwn2..gud luck exam…….

Sahabat..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia
tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya
satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah
menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk
apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda
tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok
batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan
kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang
pertama sahaja, pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat
mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang
digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal
kemarahannya dari memukul paku menembusi
tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu
hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau
sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara
tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia
mencabut kembali paku itu satu persatu, pada
setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya
mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda
tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya
dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-
lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak
akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan
parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh
menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa
kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan
menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka
hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding hati
mu….